Rabu, 25 Jun 2014

SAMPAI MENUTUP MATA


Assalamualaikum u'olls . dah lama mieyra x update cerita dalam blog nie kan . tapi ari ni mieyra ada masa la juga nak mai jengok blog nie al-maklum la budak praktikal la katakan. hehehehe
okey mieyra sebenarnya tak taw nak tulis entry apa . jup mieyra pikir jup apa yg mieyra nak luahkan kat sini erk?? errrrrrrrr . hah bawu dapat idea . mai sini meiyra nak habaq pasai tapi aQ rasa entry kali ni xdk la best mcm cerita mieyra sebelum nie . korang mesti tanya-tanya kan apa yang tajuk entry mcm tu kn?hehehe
ok cerita dia macam nie . tahun 2014 nie banyak sangat dugaan yg jadi kat mieyra n my belove 
family . bulan 5 waktu mieyra nak ambek final exam untuk sem last , mieyra dapat taw yang mak mieyra sakit . firstly memang mieyra xtaw langsung pasai berita ni sampai la mieyra terbaca status abg mieyra di fb . 
waktu tu memang tuhan saja yang taw perasaan mieyra . lepas saja mieyra baca status tu , mieyra col family mieyra kat kedah nie and than ayah mieyra bgtw yg mak miyera hidap penyakit cancer usus.
waktu tu mieyra cuma dapat doa saja sebab wktu mak buat pembedahan tu cuma mieyra sorng saja ahli keluarga tu yang xada . tapi so far alhamdulillah mak mieyra semakin pulih dan sedang menjalani proses kimotraphy. mieyra harapkan mak cepat sihat dari penyakit ini . mieyra taw nak jadi seorng yg kuat sangat susah dan xsmua orng akan kuat . mieyra bangga dengan mak mieyra walaupon doktor sah kan 
mak menghidap penyakit tu , mak tak mengeluarkan air mata walaupon setitik di depan anak-anak 
dia . tapi kami taw mak sedih dengan semua ni tapi mak kuat kan diri dan redha kerana mak cakap 
semua yang datang itu dari allah sebab kita asal pon dari pencipta kita . mak adalah 
seorang mak yg begitu kuat dan aq kagum ngn mak aq walaupon pelbagai cabaran yg dh mak 
Mieyra lalui selama ini dan mieyra rasa nie adalah cabaran paling besar yng mak alami . kami anak-anak mak selalu doa kan kesihatan mak cepat sembuh . tambah2 lg kami rindu masakan mak . dah lama xmkn masakan mak. mudah-mudahan proses kimotraphy mak berjalan dengan lancar . 
okey la samp[ai cni dlu coretan mieyra nnti kita sambung lagi .salam

Isnin, 23 Disember 2013

KISAH SEEKOR KUCING



Assalamualaikum . apa khabar u olls?? dah lama tak update dalam blog nie . rindu pun ada jugak nie and tangan nie macam laju je menaip ari nie.heheehehe . tapi nak wat cam ne dah busy sebelum nie dengan exem sem-2,assigment lagi . tambah-II sibuk bercucuk tanam diladang . hehehe ye la sapew suwuh ambil bidang pertanian lagi !! haha sekarang tak payah merungut .
La nie mieyra nak cerita yang ada menyentuh cikit ati kecil mieyra nie tapi bagi U olls mieyra tak taw la k.
Ari tue mieyra lupa tarikh tapi waktu cuti sem nie la dan di kirakan baru lagi la .
Satu ari tue(petang) mieyra ngan adik mieyra nak balik dari "j0gging" kate k0 !! hehehehe . 
ada seekor anak kucing tue yang agak comey cam kucing kat atas tue la . tiba-tiba kuaQ dari satu lorong keciQ yang mieyra ngan adik mieyra lalu..kucing tue manja sangat sampai nak ikut mieyra balik . kami pun lari sebab tak nak dia ikut kata ko . tapi lain pulak jadi nya . nak taw tak kucing tue wat ape sampai kami berhenti lari dari pada dia?? cer teka cer teka !!! hehehe
korang cuba bayang kan seekor anak kucing yang manja dan comel sangat berhenti berlari serta berdiri kat tepi jalan yang kereta , m0t0 , l0ri and macam-II kenderaan awam lalu lalang kat situ .. mieyra and adik terdetik satu perasaan sayu dan kasihan kepada kucing tue sehingga lah kembali mengambil dia bagi mengelak kan dia kena langgar dengan kenderaan yang ada atas jalan tue . mula-mula kami betul tak nak bawak balik dia . Iya la cam na nak wak balik ?? kat rumah mieyra nie dah banyak kucing sampai 
mencecah 11ekor tapi disebab kan belas kasihan , kami jalan sambil dia pula kami biarkan dia ikut 
berjalan dari belakang kami . Setelah 4 hari kucing tue berada kat umah mieyra !! AYAH mieyra menghantar dia ke market di taman itu jugak sebab terlalu banyak kucing kat rumah nie sampai kan kdang-kadang tak terjaga pun ada jgak !!
Oleh itu mieyra cuma nak kongsi di hujung kisah kucing nie kerana nie first time pengalaman mieyra ,
seekor kucing yang manja ikut mieyra jalan sehingga sampai di rumah . Kucing memang haiwan
kesukaan mieyra dan mieyra tidak boleh lihat sesetengah manusia yang bersikap kejam dengan kucing-kucing terbiar kat luar 2 ?? kucing-kucing itu memang kotor di luar tetapi di dalam hati mereka lebih
bersih dan baik daripada manusia yang bersikap kejam terhadap kucing . mieyra bukan nak
hina tetapi sebagai kesedaran semata-mata . harap maklum . !! hehehehe
ter formal pulak ayat tue kan . k la  sampai sini dulu la coretan mieyra  . nanti kita share story again .
bye SALAM .(@_@)




Selasa, 2 Julai 2013

AKU INSAN YANG LEMAH

ya ALLAH
aku seorang insan yang lemah . seorang hamba yang 
mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan 
untuk melakukan ibadah-ibadah mu . kau bukakan lah hati ku 
kau permudahkan lah urusanku ketika melakukan ibadahmu . kau kuat kan lah 
iman ku dari godaan syaitan .
ya ALLAH 
hanya kepada engkau aku berserah dan hanya kepada engkau 
aku meminta serta berikan lah aku kekuatan,
keredhaan ke atas perubahan diri ku ini ya ALLAH.
kau berikan lah aku hidayah mu untuk kejalan yang di redhai oleh mu
"YA ALLAH"



Isnin, 1 Julai 2013

BERHIJAB


Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)


Sabtu, 29 Jun 2013

MUHASABAH DIRI


Tanya diri kita, “Aku ini bagaimana?”. Apa yang kita buat dan korbankan untuk Islam? Jangan kata nak berperang macam di zaman para sahabat, nak berperang dengan nafsu sendiri pun kita lemah. Nak mujahadah bangun dari selimut yang tak sampai 1kilo untuk solat Subuh pun dah sukar, apatah lagi yang lain. Belum lagi nak korbankan sedikit masa untuk menelaah dan menambah ilmu pengetahuan bab-bab agama. 
Percayalah! Tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Tidak ada erti ‘Hari Raya Korban’ andai kita masih duduk di tempat Jahiliah. Tidak ada makna cinta pada-Nya andai diri masih diselaputi cinta duniawi semata-mata.
Apa yang saya kongsi di sini, adalah muhasabah dan tazkirah buat diri saya sendiri dan kita semua. Sama-sama kita koreksi diri kita. Sama-sama kita ‘jadual’kan diri kita. Allah bersumpah ‘demi masa’! Dari situ, kita dapat lihat, betapa masa itu amatlah penting! 

Allah..Allah..Allah.. 
Moga Allah kasih, moga Allah redha... (ღ˘◡˘ღ)



KU MOHON HIDAYAH MU ALLAH


ASSALAMUALAIKUM..ari nie mieyra nak mencoretkan sikit ape yg terbuku di hati ini..sebelum itu mieyra nak mengucapkan syukur pada ALLA S.W.T yg telah memberikan kejayaan kepada diri mkieyra..ALHAMDULILLAH dengan berkat doa mieyra yg cuba berubah diri ckit demi sedikit ini dan juga doa mak , abah,kakak-II,abang dan adik yg berdoa ats kejayaan mieyra ini syukur kerana pointer mieyra pada sem pertama amat memuaskan dan berlaku di luar jangkaan mieyra..

mieyra tiba-tiba terfikir malam ini tentang kegagalan mieyra sewaktu di sekolah dulu ketika exam..mungkin di sebabkan banyak dosa yg mieyra telah lakukan sehingga mieyra mendapat nasihat dari kak,mak dan adik mieyra.dari situ bermula lah azam mieyra untuk berubah dari segala kesalahan yang telah mieyra lakukan dahulu.

mieyra amat kesal atas apa yang mieyra lakukan dahulu . dan sekarang mieyra cuba mencari hidayah ALLAH untuk menguatkan lagi nawaitu meiyra untuk berubah ke jalan ALLAH walaupon dngn sedikit demi sedikit.
"ya allah , kau berikan lah hidayah mu kepada hambamu ini untuk kembali ke jalan yang diredhai oleh mu ya ALLAH" . amin..oke la slamt malam semua
maal salamah..(^_^)



AMALAN HARI JUMAAT





بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم  Diriwayatkan bahawa Imam Ja'far Shadiq as berkata. "Sesiapa melaksanakan mandi pada hari Jumat dan membaca doa berikut ini, niscaya ia akan suci hingga hari Jumat mendatang. "Yakni, ia akan bersih dari dosa atau amalannya akan disertai dengan kesucian ma'nawiyah dan dikabulkan. Teks Arab
 Teks Arab : أشهدان لااله الا الله وحده لا شرىك له٠ واشهد ان محمد
                     ا عبده ورسوله٠ اللهم صل علي محمد وال محمد٠ وجعلني من الثوا بين واجعلني من المثطهر
 Makna : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa dan tak bersekutu, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, curahkan salawat-Mu kepada Muhammad dan keluarga-nya, jadikan aku termasuk orang-orang yang bertaubat serta menyucikan diri. 1. Sebisa mungkin, mandi Jumat janganlah ditinggalkan. Waktunya adalah dari sejak fajar menyingsing hingga waktu zawal, dan jika mandi itu dilakukan pada waktu lebih mendekati zawal, hal itu adalah lebih baik. Mensuci kepala dengan bunga, kerana hal ini akan mengamankan dari penyakit lepra dan gila. 2.Memotong kuku dan kumis. Hal itu memiliki keutamaan yang tak terhingga, memperbanyak rezeki, membersihkan dosa-dosa hingga hari Jumaat mendatang, mengamankan dari penyakit gila, lepra dan kusta. Ketia memotong kuku dan kumis, bacalah "bismillah wa billah wa 'ala sunnati Muhammadin wa ali Muhammad" Ketika memotong kuku, baik kuku tangan maupun kaki, mulailah dari jari kelingking tangan dan kaki kiri dan akhirnya dengan ibu jari tangan dan kaki kanan dan kaki kiri dan akhiri dengan ibu jari tangan dan kaki kanan, serta pendamlah bekas-bekas potongan kuku tersebut. 4. Banyakan bersolawat: Allahumma Solli A'la Muhammadin Wa Aali Muhammad 3. Memabca Al-quran : Surah-suarah pilihan yang di galakan: Yaa Sin, Al Khafi, Al Jummat dan ... 4. Bersedekah. 5. Ziarah Ibubapa/orang sakit/saudara2 mukmin/kubur dll. اللهم صل على محمد وآل محمد Mafatih al-Jinan: Syekh Abbas Al-Qummi Nota: Dalam satu riwayat, hatta kisah benar difahamkan , sekiranya sesorang yg dapat mengamalkan mandi sunat hari Jumaat, berkekalan selama 40 kali (mingu berturut2) atu berterusan dgn waktu yg ditetapakn , kalau di mati, wajahnya/jasad macam baru mati walupun sudah meninggal beberapa tahun yg agak lama. InshAllah