Sabtu, 29 Jun 2013
MUHASABAH DIRI
Tanya diri kita, “Aku ini bagaimana?”. Apa yang kita buat dan korbankan untuk Islam? Jangan kata nak berperang macam di zaman para sahabat, nak berperang dengan nafsu sendiri pun kita lemah. Nak mujahadah bangun dari selimut yang tak sampai 1kilo untuk solat Subuh pun dah sukar, apatah lagi yang lain. Belum lagi nak korbankan sedikit masa untuk menelaah dan menambah ilmu pengetahuan bab-bab agama.
Percayalah! Tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Tidak ada erti ‘Hari Raya Korban’ andai kita masih duduk di tempat Jahiliah. Tidak ada makna cinta pada-Nya andai diri masih diselaputi cinta duniawi semata-mata.
Apa yang saya kongsi di sini, adalah muhasabah dan tazkirah buat diri saya sendiri dan kita semua. Sama-sama kita koreksi diri kita. Sama-sama kita ‘jadual’kan diri kita. Allah bersumpah ‘demi masa’! Dari situ, kita dapat lihat, betapa masa itu amatlah penting!
Allah..Allah..Allah..
Moga Allah kasih, moga Allah redha... (ღ˘◡˘ღ)
KU MOHON HIDAYAH MU ALLAH
ASSALAMUALAIKUM..ari nie mieyra nak mencoretkan sikit ape yg terbuku di hati ini..sebelum itu mieyra nak mengucapkan syukur pada ALLA S.W.T yg telah memberikan kejayaan kepada diri mkieyra..ALHAMDULILLAH dengan berkat doa mieyra yg cuba berubah diri ckit demi sedikit ini dan juga doa mak , abah,kakak-II,abang dan adik yg berdoa ats kejayaan mieyra ini syukur kerana pointer mieyra pada sem pertama amat memuaskan dan berlaku di luar jangkaan mieyra..
mieyra tiba-tiba terfikir malam ini tentang kegagalan mieyra sewaktu di sekolah dulu ketika exam..mungkin di sebabkan banyak dosa yg mieyra telah lakukan sehingga mieyra mendapat nasihat dari kak,mak dan adik mieyra.dari situ bermula lah azam mieyra untuk berubah dari segala kesalahan yang telah mieyra lakukan dahulu.
mieyra amat kesal atas apa yang mieyra lakukan dahulu . dan sekarang mieyra cuba mencari hidayah ALLAH untuk menguatkan lagi nawaitu meiyra untuk berubah ke jalan ALLAH walaupon dngn sedikit demi sedikit.
"ya allah , kau berikan lah hidayah mu kepada hambamu ini untuk kembali ke jalan yang diredhai oleh mu ya ALLAH" . amin..oke la slamt malam semua
maal salamah..(^_^)
AMALAN HARI JUMAAT
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِال رَّحْمَنِ-اارَّحِيم Diriwayatkan bahawa Imam Ja'far Shadiq as berkata. "Sesiapa melaksanakan mandi pada hari Jumat dan membaca doa berikut ini, niscaya ia akan suci hingga hari Jumat mendatang. "Yakni, ia akan bersih dari dosa atau amalannya akan disertai dengan kesucian ma'nawiyah dan dikabulkan. Teks Arab
Teks Arab : أشهدان لااله الا الله وحده لا شرىك له٠ واشهد ان محمد
ا عبده ورسوله٠ اللهم صل علي محمد وال محمد٠ وجعلني من الثوا بين واجعلني من المثطهر
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِال رَّحْمَنِ-اارَّحِيم Diriwayatkan bahawa Imam Ja'far Shadiq as berkata. "Sesiapa melaksanakan mandi pada hari Jumat dan membaca doa berikut ini, niscaya ia akan suci hingga hari Jumat mendatang. "Yakni, ia akan bersih dari dosa atau amalannya akan disertai dengan kesucian ma'nawiyah dan dikabulkan. Teks Arab
Makna : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa dan tak bersekutu, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, curahkan salawat-Mu kepada Muhammad dan keluarga-nya, jadikan aku termasuk orang-orang yang bertaubat serta menyucikan diri. 1. Sebisa mungkin, mandi Jumat janganlah ditinggalkan. Waktunya adalah dari sejak fajar menyingsing hingga waktu zawal, dan jika mandi itu dilakukan pada waktu lebih mendekati zawal, hal itu adalah lebih baik. Mensuci kepala dengan bunga, kerana hal ini akan mengamankan dari penyakit lepra dan gila. 2.Memotong kuku dan kumis. Hal itu memiliki keutamaan yang tak terhingga, memperbanyak rezeki, membersihkan dosa-dosa hingga hari Jumaat mendatang, mengamankan dari penyakit gila, lepra dan kusta. Ketia memotong kuku dan kumis, bacalah "bismillah wa billah wa 'ala sunnati Muhammadin wa ali Muhammad" Ketika memotong kuku, baik kuku tangan maupun kaki, mulailah dari jari kelingking tangan dan kaki kiri dan akhirnya dengan ibu jari tangan dan kaki kanan dan kaki kiri dan akhiri dengan ibu jari tangan dan kaki kanan, serta pendamlah bekas-bekas potongan kuku tersebut. 4. Banyakan bersolawat: Allahumma Solli A'la Muhammadin Wa Aali Muhammad 3. Memabca Al-quran : Surah-suarah pilihan yang di galakan: Yaa Sin, Al Khafi, Al Jummat dan ... 4. Bersedekah. 5. Ziarah Ibubapa/orang sakit/saudara2 mukmin/kubur dll. اللهم صل على محمد وآل محمد Mafatih al-Jinan: Syekh Abbas Al-Qummi Nota: Dalam satu riwayat, hatta kisah benar difahamkan , sekiranya sesorang yg dapat mengamalkan mandi sunat hari Jumaat, berkekalan selama 40 kali (mingu berturut2) atu berterusan dgn waktu yg ditetapakn , kalau di mati, wajahnya/jasad macam baru mati walupun sudah meninggal beberapa tahun yg agak lama. InshAllah
Jumaat, 28 Jun 2013
MUHASABAH DIRI
~๑۩۞۩๑ Bismillahirrahmanirrahim๑۩۞۩๑ ~
.:: RENUNGAN BUAT DIRI DAN SEMUA ::. (✿◠‿◠)
✿⊱╮Setitis air mata yg jatuh kerana keinsafan, Seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan,
✿⊱╮Sesaat brsedih kerana ingat dosa, Adalah lebih mulia dari pada seharian brsedih karena cinta manusia,
✿⊱╮Sejernih wajah kerana wudhu yg sempurna, Adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..
~* Allah Selalu Ada Untukku,Untukmu dan Untuk Kita Semua *~
Keep Istiqomah + Keep Smile it's a Sunnah...(✿◠‿◠)
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ..• •.¸¸¸.ƸӜƷ
"Cinta ALLAH di atas segalanya
KESEDARAN DARI KESILAPAN
Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamu' alaikum Warahmatullah Wabarakhatuh...
Menitiskan air mata dalam do'a adalah lebih indah nikmatnya , kerana kita berkongsi rasa dangan Allah S.W.T.
DIALAH pendengar yg paling SETIA...
Benarlah sabda Rasulullah:
Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan.Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani)
Rabu, 26 Jun 2013
‘‘7 KALIMAT YANG DISUKAI ALLAH SWT’
● Pertama adalah kalimat “Bismillah” yang di ucapkan pada tiap² hendak melakukan sesuatu.
● Kedua adalah kalimat “Alhamdulillah” yang di ucapkan pada tiap² selesai melakukan sesuatu.
● Ketiga adalah kalimat “Astaghfirullah” yang di ucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas.
● Keempat adalah kalimat “Insya Allah” yang di ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.
● Kelima adalah kalimat ”La haula wala kuwwata illa billah” yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak di ingini.
● Keenam adalah kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” yang di ucapkan jika menghadapi dan menerima musibah baik musibah kecil atau pun musibah besar.
● Ketujuh adalah kalimat “La ilaha illa Allah” yang di ucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita..
MUTIARA KATA
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
"Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
Langgan:
Catatan (Atom)