Rabu, 26 Jun 2013

KEINSAFAN SEORANG HAMBA


"Semua anak Adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat." (Riwayat Ahmad, dihasankan oleh al-Albani)

Setiap kita tidak sunyi daripada kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci daripada dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk ialah, seorang yang baik itu memohon keampunan daripada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri. Sementara orang yang buruk itu pula keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikapnya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali ke pangkal jalan.
Allah berfirman, "Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa." (az-Zumar: 53)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan